Monday 1 June 2015

Haiwan Hidup Berkumpulan dan Bersendirian

Sesetengah haiwan ada yang hidup secara berkumpulan dan ada sesetengahnya yang hidup bersendirian

Antara kelebihan haiwan yang hidup secara berkumpulan.





Antara contoh lain kerjasama antara haiwan ialah :



- Sekoloni lebah bekerjasama membina sarang lebah (bekerjasama membina tempat berteduh)




Sesetengah spesies ikan membentuk kumpulan ikan yang lebih lebih besar.

Contoh : Sekumpulan ikan tuna bekerjasama untuk keselamatan dengan melindungi antara satu sama lain daripada musuh.


- Sekumpulan kuda belang membentuk corak kuda belang yang lebih besar atau menggunakan belangnya untuk menyorok didalam belukar, bekerjasama untuk keselamatan melindungi antara satu sama lain daripada musuh. 


-Sekumpulan gajah berjalan bersama , bekerjasama untuk keselamatan melindungi antara satu sama lain daripada musuh.




- Mengapa ada haiwan yang hidup bersendiri

>> Video dibawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu burung helang dan bagaimana dia memburu makanan.



>> Video dibawah menunjukkan haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu panda gergasi.



>> Video dibawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau bintang dan bagaimana ia memburu makanan.




Ciri Khas Haiwan Melindungi Diri

Untuk terus hidup, haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya. Haiwan mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi dirinya daripada dimakan oleh haiwan lain atau diancam oleh manusia.


CIRI-CIRI KHAS HAIWAN

  1. BAU BUSUK

   - Sesetengah haiwan mengeluarkan bau yang kuat dan busuk untuk menghalau musuhnya.

   - Contoh haiwan yang mengeluarkan bau busuk ialah:Lipas, skunk, kumbang dan pepijat.




 






 2.    SENGAT
   
     -Ada serangga yang mempunyai sengat untuk mempertahankan dirinya daripada musuh.
   
     -Lebah dan tebuan mempunyai sengat yang boleh melemahkan musuhnya.





- Kala jengking dan lipan mempunyai sengat beracun yang boleh membunuh mangsanya.





3.    TARING

- Ular mempunyai taring yang beracun untuk melindungi diri dan membunuh musuh. Ia akan mengeluarkan bisa apabila menggigit.




4. DURI TAJAM

- Terdapat juga haiwan yang mempunyai banyak duri tajam pada permukaan badannya.Selapisan otot pada badannya dapat mengawal pergerakan duri-duri ini supaya dapat ditegakkan sebagai tanda amaran apabila diancam.

-Duri yang terdapat pada haiwan seperti landak boleh mencederakan musuh yang mendekati atau menyerangnya.




- Keseluruhan badan ikan buntal diliputi dengan duri tajam. Bila ikan ini diancam, badannya akan mengembung, menyebabkan durinya menjadi tegak. Ini akan menakutkan musuh.




5. PENYAMARAN
           
- Sesetengah haiwan berupaya menukar warna badannya serupa dengan persekitaran dan sesetengah haiwan bersepadu dengan persekitarannya.
     
- Teknik penyamaran digunakan untuk menyembunyikan diri daripada musuh dan mangsa.
     
- Harimau dan kuda belang mempunyai jalur supaya dapat bersembunyi di dalam semak.






- Rusa, arnab dan tupai berwarna coklat yang sepadan dengan warna batang pokok dan tanah.







- Belalang ranting menyembunyikan diri daripada pemangsanya dengan bersepadu dengan persekitarannya. Serangga ini mempunyai badan yang panjang dan kurus seperti kayu atau ranting.


- Sesetengah kupu-kupu pula mempunyai dua tompok besar pada sayapnya yang kelihatan seperti dua biji mata.


- Sumpah-sumpah menukar warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.



6.SISIK KERAS, BULU TEBAL DAN CANGKERANG KERAS
   
- Terdapat haiwan yang diliputi dengan sisik keras, bulu tebal atau cangkerang keras untuk melindungi diri daripada musuh.

- Contohnya, buaya dan tenggiling mempunyai sisik keras bagi melindungi badannya daripada kecederaan.





- Penyu,siput babi,kerang dan ketam mempunyai cangkerang keras untuk melindungi diri daripada musuh.









- Beruang, beruang kutub dan panda mempunyai bulu tebal untuk melindungi diri daripada bahaya dan kecederaan.







7.TANDUK TAJAM DAN KUAT
           
- Sesetengah herbivor mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk melindungi diri daripada musuh.

- Contoh haiwan bertanduk tajam ialah rusa, badak sumbu dan kerbau.








8. BERKAKI PANJANG DAN BEROTOT KUAT

- Ada haiwan yang mempunyai kaki yang panjang dan berotot kuat untuk membantunya berlari dan melepaskan diri daripada musuh.

- Contoh haiwan ialah kuda, kuda belang dan antelop.





9. KUKU TAJAM
   
- Terdapat haiwan yang melindungi diri dan memburu mangsa menggunakan kuku yang tajam.
     
- Contoh haiwan yang berkuku tajam ialah singa, harimau dan helang.







10.  PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN YANG BAIK
           
- Sesetengah haiwan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik untuk membantu mengesan musuh dengan lebih awal.
           
- Contohnya, helang mempunyai penglihatan yang baik manakala arnab mempunyai pendengaran yang baik.